Jumaat, 27 Jun 2008

Saya termenung

Bila saya duduk,termenung,saya fikir tentang kali terakhir yang saya telah bermain permainan tradisional adalah semasa saya berumur tiga tahun.

Sudah lama ia tidak dimainkan. Ini menyebabkan permainan tradisional Melayu semakin tidak popular kerana kanak-kanak muda zaman ini tidak bermain permainan tradisional kerana selalu sibuk dengan generasi mereka. Saya harap ini boleh diubah untuk menjadi popular sekali lagi.

Itu pun salah ibu bapa kanak-kanak kerana mereka tidak meluangkan masa untuk mendidik anak mereka tentang permainan tradisional. Bagi saya,ibu bapa saya hanya dapat mendidik saya tentang beberapa permainan seperti Congkak,gasing dan Wau Bulan. Saya amat menggemari wau bulan. Warna-warnanya yang menarik amat disukai saya. Ibu bapa saya telah membelikan wau bulan untuk saya bila saya berumur tujuh tahun. Walaupun wau yang dibelikan untuk saya tidak boleh dimainkan,ia boleh direnungi. Saya amat berterina kasih kepada ibu bapa saya untuk membeli wau bulan itu untuk saya.

Tiada ulasan: